Mencari Sinar
Monday, October 20, 2008
Beraya di rumah bonda
Terima kasih duhai bonda kerana menjemput kami beraya dirumah.Tahun ni bonda tak buat open house dirumah sendiri.Bonda buat di rumah anak bonda,abang man di taman gadong perdana.Cuma amanah bonda kepadaku,supaya kumpulkan semua gambar2 kenangan di rumah bonda,nak simpan dlm album peribadinya.Jadi,mana2 rakan2 atau senior2 yang ada gambar dirumah bonda,silalah maklumkan pada saya.
terima kasih.
BERIMAN KEPADA ALLAH TA’ALA
1. Percaya kepada Allah Ta’ala.
2. Percaya kepada para Malaikat Allah Ta’ala.
3. Percaya kepada Kitab-kitab Allah Ta’ala.
4. Percaya kepada para Rasul-rasul Allah Ta’ala.
5. Percaya kepada Hari Akhir atau Hari Kiamat.
6. Percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah Ta’ala.
Yakni bahawa segala kepastian dan ketentuan yang baik atau¬pun jelek itu, adalah atas kehendak Allah Ta’ala.
BERIMAN KEPADA ALLAH TA’ALA
Beriman kepada Allah Ta’ala itu, ialah wajib mempunyai i’tikad dan keyakinan, bahawa sesungguhnya Allah Ta’ala itu wajib bersifat dengan semua sifat keagungan, kesempurnaan dan ke¬muliaan . Serta mustahil jikalau Allah Ta’ala bersifat dengan salah satu dan sifat-sifat kerendahan, kekurangan dan kehinaan.
Perbezaan Allah Ta’ala dengan para makhluk itu ada tiga
1. Zat ertinya rupa dan bentuk. Jadi Zat, bangun bentuk dan rupa Allah Ta’ala ataupun jirimNya itu, pasti berbeza dengan apa yang dimiliki oleh semua makhluk. Maka dan itu, juga apa saja yang ter¬kenang ataupun terlintas dalam apa pun jua yang pernah kita saksikan ataupun kita lihat, pemikiran atau angan-angan kita, tentulah Allah Ta’ala itu ZatNya tidak semacam tadi, kerana apa yang kita lihat, kita saksikan, kita fikirkan dan kita angan-angankan itu juga termasuk dalam golongan makhluk pula.
2. Sifat-sifat Allah Ta’ala juga berbeza dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh semua makhluk. Jadi kekuasaanNya, kehendakNya, mengetahuiNya, hidupNya, mendengarNya, melihatNya serta berfirmanNya, tentulah tidak sama dengan keadaan sifat-sifat makhluk. Misalnya saja adanya Allah Ta’ala.
Wujudnya Allah Ta’ala itu tanpa ada wasilah atau perantaraan, sedangkan makhluk pasti dengan wasithah itu, sebagaimana manusia dan binatang pun dengan perantaraan atau wasithah ayah serta ibu, tanaman dengan perantaraan biji atau pokok pohon yang ditanam. Juga seperti meja, kerusi dan almari dengan perantaraan tukang kayu dan kayu yang digunakan untuk membuatnya.
Demikian pula wujud Allah Ta’ala itu, tentulah tidak ada permulaan atau penghabisannya, sedangkan wujud makhluk pasti ada permulaan dan penghabisannya seperti manusia dan binatang, permulaannya itu ialah di waktu dilahirkan dan penghabisannya ialah di waktu ajal kematiannya sudah tiba..
Tanaman dan barang-barang, permulaannya ialah sewaktu ia ditanam atau setelah ia menjadi barang dan penghabisan¬nya ialah di waktu ia telah mati atau rosak. Jadi semua makhluk itu ada batas usianya, sedangkan Allah Ta’ala tidak demikian halnya, kerana Allah Ta’ala memang kekal selama-lamanya.
3. Af’al atau pekerjaan-pekerjaan Allah Ta’ala itu pun berbeza dengan af’al seluruh makhluk, kerana makhluk itu apabila mem¬buat sesuatu tentulah dengan menggunakan perkakas, padahal Allah Ta’ala jikalau menghendaki akan adanya sesuatu, cukuplah dengan berfirman: “Kun”, ertinya: “Adalah!” atau “Jadilah!” dan apa yang dimaksudkan itu telah ada dan jadi seketika itu juga.
Selain itu, apabila makhluk membuat sesuatu, adalah kerana ia m¬memerlukan atau menghajatkan benda atau barang itu tadi, seperti manusia membuat rumah adalah untuk di tempati, kerusi perlu untuk duduk dan demikianlah selanjutnya, padahal Allah Ta’ala menciptakan semua yang ada di alam maya pada , samasekali bukan kerana memerlukan benda-benda itu, bahkan semua makhluk itulah yang memerlukan kepada Allah Ta’ala.
Ada lagi perbezaannya, yakni makhluk apabila membuat sesuatu, tentulah memakan waktu untuk mengerjakannya, baik lama mahupun sebentar. Sedangkan Allah Ta’ala tidak demikian, sebagaimana yang telah dihuraikan di muka, iaitu cukup dengan berfirman: “Kun”, maka terjadi dan terlaksanalah. Adapun perincian sifat-sifat wajib bagi Allah Ta’ala itu ada dua puluh macam, sedang sifat-sifat mustahilNya juga ada dua puluh macam, dan sifat jaiz (harusNya) ada satu macam.
Sifat - sifat wajib dan mustahilNya bagi Allah Ta’ala itu ialah:
1. Allah Ta’ala wajib WUJUD (Ada), mustahil ‘ADAM (tidak ada).
Bukti adanya Allah Ta’ala menurut dalil aqli’ ialah adanya alam dan seisinya ini. Alam semesta ini asalnya tentulah ada yang mengadakan. Yang dapat mengadakan seluruh alam ini tidak ada lain, kecuali hanya Allah Ta’ala sendiri. Jadi andaikata Allah Ta’ala itu ‘Adam, sudah tentu alam semesta itu tidak wujud atau tidak ada. Oleh sebab itu, jelaslah pula bahawa Allah Ta’ala itu pasti wujud. Dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Allah itu yang menciptakan langit dan bumi.” (Ibrahim: 32)
Kecuali itu, kita wajib meyakinkan pula bahawa, adanya Allah Ta’ala itu adalah dengan ZatNya sendiri, yakni tidak dengan perantaraan atau wasithah apa pun juga . Maksudnya dengan wasithah itu ialah misalnya ada ayah dan ada ibunya. Selain dan itu, ialah bahawa adanya Allah Ta’ala juga tidak ada permulaan dan tidak ada pula penghabisannya, umpama kerana mati atau rosak.
2. Allah Ta’ala wajib QIDAM (dahulu), mustahil HUDUTS (baharu atau ada yang mendahului).
Bukti qidamnya Allah Ta’ala menurut dalil ‘aqli, ialah adanya seluruh makhluk atau hawadits ini. Semua itu yang menciptakannya ialah Allah Ta’ala. Maka tidak mungkin terjadi bahawa yang menciptakan itu akan didahului adanya oleh apa-apa yang diciptakan. Jadi terang sekali bahawa Allah Ta’ala itu qidam. Dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Allah itu adalah Maha Dahulu (Awwal) dan Maha Penghabisan (Akhir).” (al-Hadid: 3)
3. Allah Ta’ala wajib BAQA’ (kekal), mustahil FANA (rosak).
Bukti baqa’nya Allah Ta’ala menurut dalil ‘aqli ialah: jikalau Allah Ta’ala itu rosak atau mati, andaikata itu terjadi, maka tentu¬lah sifat Allah Ta’ala itu sama dengan sifat semua makhluk. Hal yang sedemikian in tidak masuk akal sama sekali, kerana Allah Ta’ala itu memang tidak sama keadaan dan sifatNya dengan semua makhluk, baik mengenai ZatNya, SifatNya atau Af’alNya dan yang lain-lain lagi. Jadi jelaslah bahawa Allah Ta’ala itu baqa’, yakni tidak akan lenyap, rosak ataupun mati. Dalil naqlinya ialah dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Segala sesuatu itu rosak, kecuali Zat Allah.” (al-Qashash: 88)
4. Allah Ta’ala wajib MUKHALAFAH LIL-HAWADITS (berbeza dengan semua barang baharu atau hawadits yakni semua makhluk), mustahil MUMATSALAH LIL-HAWADITS (m¬nyamai kepada hawadits) baik pun mengenai ZatNya. Sifat-sifat atau Af’alNya.
Bukti menurut dalil ‘aqli tentang mukhalafah lil-hawaditsnya Allah Ta’ala ialah, andaikata Allah Ta’ala itu menyamai salah satu dan golongan makhluk, tentulah Allah Ta’ala itu terkena sifat kelemahan dan tidak kuasa, sebagaimana halnya makhluk-makhluk itu juga. Andaikata Allah Ta’ala itu lemah, tentulah tidak kuasa menciptakan alam dan seisinya ini, dan yang sedemikian ini tidak akan dapat masuk dalam akal sama sekali, kerana sudah jelas bahawa Allah Ta’ala itu Maha Kuasa menciptakan alam dengan seisinya ini. Maka dan itu teranglah bahawa Allah Ta’ala itu mempunyai sifat Mukhalafah lil-hawadits. Dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Tidak ada sesuatu apa pun yang seperti Allah itu.”
(asy-Syura: 11)
5. Allah Ta’ala wajib QIAMUHU BINAFSIH (berdiri dengan ZatNya sendiri), mustahil IHTIAJUHU ILA GHAIRIH (memerlukan kepada lainNya).
Adapun makhluk, maka semuanya memerlukan kepada Allah Ta’ala sedang Allah Ta’ala itu tidak memerlukan apa-apa dan makhlukNya, sebagaimana tempat, makanan, minuman, teman, isteri, anak dan Iain-lainnya.
Bukti qiamuhu binafsihnya Allah Ta’ala menurut dalil ‘aqli ialah, andaikata Allah Ta’ala memerlukan kepada salah satu makhluk, tentulah Allah Ta’ala itu terkena sifat lemah, seperti halnya dengan makhluk, kerana dapat dianggap tidak dapat mencukupi keperluanNya sendiri dengan ZatNya yang Maha Tunggal itu.
Seterusnya apabila Allah itu bersifat lemah, pasti tidak kuasa menciptakan alam dan seisinya ini, dan yang sedemikian mi tidak dapat masuk akal, sebab sudah jelas bahawa Allah Ta’ala itu Maha Kuasa atas segala sesuatu. Oleh kerananya, maka jelaslah bahawa Allah Ta’ala itu memiliki sifat qiamuhu binafsih, kerana Allah Ta’ala adalah Maha Kaya, dan segenap benda yang terbentang di alam mayapada ini adalah milikNya jua, sebagaimana yang difirmankan Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan inilah sebagai dalil naqlinya iaitu:
“Allah itu adalah Maha Kaya lagi terpuji.” (Fathir: 15)
6. Allah Ta’ala wajib WAHDANIYAH (Esa), mustahil TA’ADDUD (berbilang jumlahnya). Jadi Allah Ta’ala itu Maha Esa dalam ZatNya, sifat-sifatNya mahupun Af’al-Nya, kerana tidak seorang makhluk pun yang menyamai-Nya.
Bukti wahdaniyahnya Allah Ta’ala dengan dalil ‘aqli ialah, andaikata ada Tuhan dua atau tiga dan seterusnya, tentu akan timbullah perselisihan dan pertikaian antara Tuhan yang satu dengan yang lainnya, kerana masing-masing ingin lebih kuasa daripada yang lain. Jikalau terjadi hal yang demikian, maka pastilah alam semesta mi akan rosak binasa seluruhnya, hancur-lebur dan porak -peranda, sebagaimana halnya sesuatu negara yang diperintah oleh dua orang raja atau lebih, negara itu pasti tidak aman keadaan¬nya, kerana timbul saja perselisihan yang terus-menerus.
“Jikalau di bumi dan di Iangit (yakni di alam semesta) ini ada Tuhan selain Allah Ta’ala, pasti keduanya (Iangit dan bumi) itu akan hancur.” (al-Anbiya’: 22)
Jadi jelaslah bahawa Allah Ta’ala itu Maha Esa.
Adapun dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Dan Tuhanmu semua itu adalah Tuhan yang Maha Esa.”
(al-Baqarah: 163)
Tetapi bagaimanakah andaikata kita mengira-ngirakan bahawa kedua tuhan itu saling berdamai antara yang satu dengan yang lainnya, misalnya alam yang sebelah Timur dikuasai oleh tuhan A dan alam yang sebelah Barat oleh tuhan B. Ingatlah bahawa, jikalau hal yang sedemikian itu terjadi, maka tuhan-tuhan tadi lalu menjadi kurang kekuasaannya dan tidak dapat disebutkan bahawa masing-masing tuhan tadi memerintah seluruh alam ini. Dengan begitu, maka masing-masing tuhan itu dikenali sifat lemahnya. Jadi pendapat semacarn ini tertolak.
Selanjutnya, andaikata kita mempunyai angan-angan bahawa kewajiban-kewajiban tuhan itu berbeza-beza dan terbagi-bagi sebagaimana halnya yang terdapat dalam agama Hindu. Dalam agama ini dipercayai bahawa di dunia ada tiga tuhan. Masing-masing dan tiga tuhan itu mempunyai kewajiban sendiri-sendiri, yakni ada tuhan yang tugasnya hanya menciptakan, iaitu Brahma, ada yang tugasnya hanya menjaga, iaitu Wisnu, dan ada pula yang tugasnya semata-mata merosak belaka, iaitu Shiwa.
Jikalau demikian, maka masing-masing tuhan itu pun kurang pula kekuasaannya atau terbatas dan apabila kurang kekuasannya, maka lemahlah namanya dan sifatnya menjadi sama dengan sifat makhluk biasa. Hal yang sedemikian ini jelas mustahil sekali dan tidak dapat diterima oleh akal yang sihat, kerana sudah amat jelas sekali bahawa Allah Ta’ala, sebagai Tuhan kita itu adalah Maha Kuasa dan Maha Esa.
Kecuali itu, Keesaan Allah Ta’ala itu tidaklah seperti setengah ditambah setengah lalu menjadi satu. Itu pun tidak, kerana Keesaan Allah Ta’ala itu bukan dan pecahan-pecahan. Kalau demikian, maka akan terjadilah bahawa separuh tuhan ada di alam Barat dan separuhnya lagi ada di alam Timur. Pendapat yang sedemikian ini juga salah.
Ringkasnya, Allah Ta’ala itu Maha Esa dan KeesaanNya itu pun tidak terbagi-bagi, maka dan itu, amat kelirulah pendapat kaum Nasrani atau pemeluk agama Kristian yang mendakwakan bahawa ada Tuhan Bapak dan ada Tuhan Anak, iaitu Jesus .
7. Allah Ta’ala itu wajib QUDRAT (kuasa). mustahil ‘AJZ (lemah). Maksudnya ialah Maha Kuasa untuk menciptakan juga Maha Kuasa untuk menjaga, memelihara dan bahkan merosak segala yang dijadikanNya itu.
Bukti qudratnya Allah Ta’ala menurut dalil ‘aqli, ialah adanya alam semesta in Andaikata Allah Ta’ala itu lemah, sudah pasti tidak kuasa menitahkan semuanya itu. Jadi teranglah, bahwa Allah itu Maha Kuasa atas segala hal.
Sebagai dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(al-Baqarah: 20)
8. Allah Ta’ala itu IRADAT (berkehendak), mustahil KARAHAH (terpaksa). Jadi apa-apa yang terjadi dan ada di alam semesta in pastilah kejadiannya itu dengan sebab adanya qadha’ dan qadar Allah Ta’ala dan disertai pula dengan iradatNya.
Oleh sebab itu, apa saja yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala pasti ada, dan apa saja yang tidak dikehendaki pasti tidak ada. Kecuali itu, kita wajib meyakinkan pula, bahawa ada atau tidak adanya sesuatu benda ataupun kejadian, semata-mata kerana iradat Allah Ta’ala sendiri, bukan kerana ada yang memerintah agar menjadikan atau tidak menjadikan, tidak ada yang memaksa ataupun mengancam andaikata menjadikan ataupun tidak menjadikan, sebab siapakah yang lebih kuasa dan lebih menang daripada Allah Ta’ala?
Adapun bukti iradat Allah Ta’ala menurut dalil ‘aqli, iaitu andaikata Allah Ta’ala itu dipaksa, diperintah ataupun diancam supaya mencipta (menjadikan) atau tidak menjadikan sesuatu benda ataupun kejadian, maka jikalau demikian, bererti bahawa Allah Ta’ala itu memiliki sifat-sifat kekurangan dan lemah, dan masih ada sesuatu yang lebih kuasa daripadaNya, bahkan ada yang lebih menang kewibawaannya, sehingga dapat menunjukkan ke¬hendakNya. Tetapi hal yang sedemikian ini samasekali tidak dapat diterima oleh akal. Jadi jelaslah bahawa Allah Ta’ala itu Maha Menghendaki dan tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang¬ia apa saja yang dikehendaki olehNya. Tentang dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahuwa Ta’ala:
“Dan Tuhanmu itu menjadikan apa saja yang dikehendaki dan dipilih olehNya.” (al-Qashash: 68)
9. Allah Ta’ala itu wajib ’ILMU (mengetahui), mustahil JAHL (bodoh). Mengetahuinya Allah Ta’ala kepada sekalian makhluk¬Nya itu tanpa batas sama sekali, maka amat berbeza jauhlah dengan apa yang diketahui oleh para makhluk.
Allah Ta’ala memang Maha Mengetahui akan segala sesuatu, baik apa-apa yang telah terjadi, apa-apa yang sedang terjadi dan apa-apa yang akan terjadi kelak. Bahkan Maha Mengetahui pula dalam segala sesuatu, baik luar mahupun dalamnya, begitu pula apa-apa yang dirahsiakan di dalam hati (batin) seluruh makhlukNya.
Berapa hitungan titisan air hujan yang turun dan langit. Berapa jumlah daun yang terdapat pada sesuatu pohon, berapa banyaknya bintang-bintang di langit, berapa liter air lautan, dan lain-lain sebagainya, itu pun semua dapat diketahui Allah Ta’ala dengan pasti dan tepat. Selain dan itu, kita wajib meyakin¬kan pula bahawa sifat ilmuNya Allah Ta’ala itu bukannya kerana dicari atau dipelajari, melainkan sejak zaman azali iaitu zaman sebelum adanya sesuatu apa pun kecuali Allah Ta’ala sendiri, juga telah diketahuiNya semua itu sebelum adanya atau sebelumnya ter¬jadi.
Perihal bukti bahawa Allah Ta’ala itu bersifat ilmu menurut dalil ‘aqli, ialah andaikata Allah Ta’ala itu tidak mengetahui semua yang ada dan terjadi di seluruh alam semesta ini, atau andaikata Allah Ta’ala itu bodoh, sehingga ada sesuatu saja yang tidak diketahuiNya, nescayalah Allah Ta’ala tidak kuasa mengatur keadaan seluruh makhlukNya yang diciptakan itu.
Padahal sudah nyata dengan sejelas-jelasnya, bahawa Allah Ta’ala itu Maha Kuasa mengatur seluruh makhlukNya, maka teranglah pula bahwa Allah Ta’ala itu Maha Pandai serta Mengetahui segala sesuatu. Selain itu, andaikata Allah Ta’ala itu tidak mengetahui atau ada sesuatu saja yang tidak diketahui, pastilah Allah Ta’ala itu terkena sifat kelemahan sebagaimana halnya para makhluk.
Hal yang sedemikian ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal yang sihat, kerana Allah Ta’ala itu memang tidak sama segala - galanya dengan makhluk apa pun juga.
Allah Ta’ala adalah Maha Pandai untuk mengatur keadaan para makhluk serta Maha Mengetahui segala sesuatu, sebagaimana yang difirmankan olehNya dan ini adalah dalil naqlinya dalam persoalan , iaitu:
“Dan ketahuilah oleh mu semua, bahawasanya Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu.” (al-Baqarah: 231)
10. Allah Ta’ala wajib HAYAT (hidup), mustahil MAUT (mati).
Kita wajib meyakinkan pula bahawa hidupnya Allah Ta’ala dengan hidupnya makhluk itu juga berbeza, kerana sebagaimana hidup kita ini pastilah memerlukan wasithah ataupun perantaraan seperti jalannya darah, dengan bernafas, memerlukan adanya hawa, cahaya, makanan, minuman dan lain-lain lagi yang merupakan keperluan hidup, padahal hidupnya Allah Ta’ala itu tidaklah seperti semuanya itu.
Juga sebagaimana hidupnya manusia ini dan pula makhluk -makhluk yang lain itu tentulah ada permulaan dan ada penghabisannya, ada masa kecil, masa muda, masa dewasa, masa tua dan masa selanjutnya; padahal Allah Ta’ala tidaklah demikian keadaannya.
Allah SWT adalah Maha Hidup tanpa wasithah, tidak ada permulaan atau penghabisannya senta tidak ada perubahannya samasekali.
Bukti hayatnya Allah Ta’ala menuntut dalil ‘aqli ialah, andaikata Allah Ta’ala sampai meninggal dunia atau mati pada sesuatu saat, maka pastilah alam semesta ini akan kehilangan pengatur dan tentu¬lah tidak akan teratur lagi susunannya, tidak ubahnya sebagai keadaan sebuah negara yang tidak mempunyai raja atau tidak berkepala negara. Padahal sudah nyata bahawa alam semesta serta seluruh makhluk ini tetap terpelihara dan tetap ada pengaturnya, sejak zaman yang tidak dimaklumi oleh manusia sampai zaman sekarang ini. Dan malahan sampai pada zaman bila juga pun. Adapun dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahuwa
Ta’ala:
“Allah Ta’ala iaitu yang tiada Tuhan selain daripadaNya yang Maha Hidup lagi Berdiri (atas ZatNya sendiri). (al-Baqarah: 255)
11. Allah Ta’ala wajib SAMA’ (mendengar), mustahil SHAMAM (tuli).
Jadi Allah Ta’ala itu Maha Kuasa mendengarkan segala sesuatu baik pun yang terang-terangan ataupun yang tersembunyi. Tetapi wajiblah kita meyakinkan bahawa sama’nya Allah Ta’ala itu berbeza dengan sama’nya para makhluk, kerana sebagaimana manusia itu apabila mendengarkan suatu bunyi-bunyian, pastilah dengan alat pendengar seperti telinga, padahal Allah Ta’ala tidak menggunakan sesuatu alat pun. Adapun bukti mendengarnya Allah Ta’ala menurut dalil ‘aqli ialah andaikata Allah Ta’ala itu tuli, pastilah memiliki sifat kekurangan, cela dan noda.
Jikalau sampai demikian, maka keadaan Allah Ta’ala adalah sama sahaja dengan makhlukNya dan yang sedemikian ini sama sekali tidak dapat dibenarkan oleh akal, kerana Allah Ta’ala itu memang Maha Sempurna dan tidak memiliki sifat kekurangan sedikit pun. Tentang dalil naqlinya, ialah firman Allah Subhanahuwa Ta’ala:
“Apakah orang-orang itu mengira bahawasanya Kami (Allah Ta’ala) tidak dapat mendengarkan apa-apa yang menjadi rahsia mereka serta bisikan-bisikan mereka itu pula ?” (al-Zukhruf: 80)
12. Allah Ta’ala wajib BASHAR (melihat), mustahil ‘AMA (buta).
Jadi Allah Ta’ala itu Maha Melihat segala sesuatu dan tidak ada suatu benda pun yang terluput dan basharnya Allah Ta’ala, sekali¬pun disimpan rapat-rapat oleh makhlukNya.
Allah Ta’ala adalah Maha Melihat, sampai pun seekor semut hitam yang amat kecilnya di waktu malam gelap gulita atau bahkan yang lebih kecil lagi dan itu. Juga Allah Ta’ ala adalah Maha Melihat segala sesuatu yang ada di atas permukaan bumi ataupun yang ada di dalamnya, semua yang ada di dalam kolong langit yang ter¬bentang luas ini ataupun yang ada di atasnya.
Selain itu, kita wajib meyakinkan pula bahawasanya basharnya Allah Ta’ala itu tidaklah sama seperti basharnya makhluk, kerana sebagaimana kita manusia ini jikalau melihat tentulah dengan menggunakan mata ataupun dengan bantuan kacamata, apabila yang dilihat itu lebih kecil lagi, tentulah dengan menggunakan mikroskop dan apabila jauh tentu menggunakan teropong dan lain-lain lagi.
Tentang bukti basharnya Allah Ta’ala menurut dalil ‘aqli, ialah jikalau Allah Ta’ala itu buta ataupun ada sesuatu saja yang tidak dilihatNya, maka Allah Ta’ala akan bersifat kekurangan, cela dan noda, dan jikalau hal ini terjadi, maka sama sahaja sifatNya itu dengan sifat makhluk. Yang demikian ini tentulah tidak masuk dalam akal kita sama sekali, sebab Allah Ta’ala itu memang memiliki sifat ke¬sempurnaan dan sedikit pun tidak ada kekurangannya. Dalam hal bashar ini Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, dan inilah yang merupakan dalil naqliNya, iaitu:
“Dan Allah adalah Maha Mendengar lagi Melihat.” ( al-Baqarah: 137)
13. Allah Ta’ala itu wajib KALAM (berfirman), mustahil BAKAM (bisu).
Adapun kalamnya Allah Ta’ala itu tentulah berbeza dengan berbicaranya’ makhluk, kerana sebagaimana kita manusia ini, jikalau berbicara tentulah dengan menggunakan alat seperti bibir, lisan dan lain-lain lagi. Tetapi Allah Ta’ala tidak menggunakan alat apa pun juga, bahkan kalamNya itu tanpa huruf dan suara.
Bukti kalamnya Allah Ta’ala menurut dalil ‘aqli ialah andaikata Allah Ta’ala itu bisu, tentulah Allah Ta’ala terkenal sifat kekurangan, cela dan noda seperti halnya kalau buta atau tuli. Yang demikian ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal, kerana Allah Ta’ala tidak sama sifatNya dengan sifat makhluk dan pula memang Allah Ta’ala itu selamanya tetap bersifat sempurna dan tidak ter¬kena sifat kekurangan sedikit pun. Dalil naqlinya dalam hal ini ialah firman Allah Ta’ala:
“Dan Allah memberikan firman kepada Musa dengan firman yang sebenar-benarnya.” (an-Nisa’: 164)
14. Allah Ta’ala itu wajib KAUNUHU QADIRAN (adanya Allah itu Maha Kuasa), mustahil KAUNUHU ‘AJIZAN (adanya Allah Ta’ala itu lemah). I
Dalil ‘aqli dan dalil naqli atau nash dalam bab ini sama dengan sifat qudrat dan ‘ajz.
15. Allah Ta’ala wajib KAUNUHU MURIDAN (adanya Allah Ta’ala itu Maha Menghendaki), mustahil KAUNUHU MUKRAHAN (adanya Allah Ta’ala itu terpaksa).
Dalil ‘aqli dan dalil naqli atau nas dalam bab ini, sama dengan sifat iradat dan kanahah. -
16. Allah Ta’ala wajib KAUHUNU ‘ALIMAN (adanya Allah Ta’ala itu Maha Mengetahui), mustahil KAUNUHU JAHILAN (adanya Allah Ta’ala itu bodoh).
Dalil ‘aqli dan naqli atau nas dalam bab ini sama dengan sifat ilmu dan jahil.
17. Allah Ta’ala wajib KAUNUHU HAYYAN (adanya Allah Ta’ala mu Maha Hidup), mustahil KAUNUHU MAYYITAN ada¬nya Allah Ta’ala itu mati).
Dalil ‘aqli dan dalil naqli atau nas dalam bab ini sama dengan sifat hayat dan maut.
18. Allah Ta’ala wajib KAUNUHU SAMI’AN (adanya Allah Ta’ala itu Maha Mendengar), mustahil KAUNUHU ASHAMMA (adanya Allah Ta’ala itu tuli).
Dalil ‘aqli dan dalil naqli atau nas sama dengan sifat sama’ dan shámam.
19. Allah Ta’ala wajib KAUNUHU BASHIRAN (adanya Allah Ta’ala itu Maha Melihat), mustahil KAUNUHU ‘AMA (ada¬nya Allah Ta’ala itu buta).
Dalil ‘aqli dan dalil naqli atau nas sama dengan sifat bahan dan ‘ama,
20. Allah Ta’ala wajib KAUNUHU MUTAKALLIMAN (adanya Allah Ta’ala itu Maha Berfirman), mustahil KAUNUHU ABKAMA (adanya Allah Ta’ala itu bisu).
Dalil ‘aqli dan dali1 naqli atau nas sama dengan sifat kalam dan bakam
Adapun sifat jaiz atau harusnya Allah Ta’ala itu satu, yakni bahawa Allah Ta’ala itu boleh melakukan segala sesuatu yang mungkin ataupun tidak mungkin melakukannya, misalnya si A boleh saja diciptakan oleh Allah Ta’ala sebagai seekor lembu dan boleh pula sebagai seorang manusia. Si B boleh sahaja dijadikan kurus ataupun gemuk, dan si C boleh sahaja dijadikan seorang kaya¬ raya dan boleh pula menjadi seorang miskin, hina dan papa, mulia atau hina, sihat atau sakit dan lain-lain sebagainya. Jadi semuanya itu, semata-mata berlaku menurut kehendak Allah Ta’ala.
Tetapi kita ummat manusia wajib melakukan ikhtiar dan sedaya-upaya supaya kita jangan dikhuatiri takdir yang buruk-buruk dan sebaliknya bekerja keras akan dikurniai takdir yang bagus-bagus. Oleh sebab itu, kita semua wajib ijtihad atau giat belajar supaya menjadi orang alim dan pandai, jangan sampai bodoh.
Juga wajib bekerja untuk mendapatkan penghasilan agar menjadi kaya dan jangan miskin. Begitu pula kita wajib berhati-hati dalam menjaga kebersihan, supaya kita tetap sihat dan jangan sampai sakit dan demikianlah seterusnya.
Dalam hal berdaya-upaya atau berusaha ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri.” (al-A’raf: 11)
Ringkasnya kita tetap wajib berikhtiar, sebab takdir apa yang akan diberikan oleh Allah Ta’ala kepada kita itu pun kita tidak dapat mengetahuinya. Lagi pula kita wajib mengerti bahawa seseorang yang meninggalkan jalan ikhtiar itu salah sekali dan pula tidak mungkin akan dapat menjadi orang yang maju. Maka orang sedemikian itu akan hinalah selama-lamanya.
Wednesday, October 15, 2008
Bekalan diriku
Assalamualaikum,
Untuk menjadi seorang daie,perlu dilengkapi dengan ilmu dan tarbiyah diri yang mantap.Barulah setiap percakapan dan perbuatan daie itu berkesan kepada sekelilingnya.Untuk mempersediakan diri sebagai seorang penggerak Islam yang dicampak dimana-mana pun,akan kembang mekar menegakkan syariat Allah,setiap daie tidak harus mengabaikan ilmu pengetahuan dan tarbiyah diri sendiri.Oleh itu,bagi memastikan saya menghabiskan bacaan asas-asas Islam, saya akan postkan point-point Asas kefahaman Islam dalam blog ini.
Monday, October 13, 2008
MASA DALAM PERNIAGAAN
Dalam menjalankan perniagaan, perancangan masa adalah elemen yang
amat penting. Dengan pengurusan masa yang bijak, usahawan dapat
melakukan lebih banyak perkara dalam waktu yang diberikan. Ianya
dikatakan setiap manusia mempunyai 24 jam yang sama dalam masa
sehari. Ianya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskan
waktu 24 jam kita yang membezakan kejayaan seseorang.
Berikut adalah 3 kunci merancang masa:
Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya
=================================================
Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyak
masa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada hari
sebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskan
segala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari.
Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan
hari.
Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untuk
merancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalam
menyelesaikan sesuatu pekerjaan.
Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya oleh
kerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangni hari
yang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurna
dan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.
Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan
======================================
Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalah
menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan.
Langkah seteruisnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, C
dan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan. Tandakan
A pada perkara yang penting untuk anda lakukan. B pada perkara yang
kurang penting, tetapi, masih perlu di lakukan. C pada perkara yang
kurang penting, dan D pada perkara yang tidak penting langsung.
Sering kali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentingan
ini, anda akan dapat lihat di manakan keutamaan anda perlu tumpukan
terlebih dahulu. Aktiviti yang di tandakan D boleh di pangkah
daripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting. Mungkin
sekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya seperti
menonton TV atau bermain computer game.
Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada orang
lain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B.
Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlu
memberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti anda
mengikut senarai kepentingan. Daripada A, sehingga C. Sekiranya ada
masa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalam
audio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukan
perkara D!
Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yang
anda merancang untu gagal dalam menguruskan masa!
Kunci #3. Prinsip 80-20
=======================
Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20%
daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah
untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain,
produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?
Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.
Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!
Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.
Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.
Gabungkan ketiga-tiga kunci merancang masa ini dan anda pasti
teruja dengan kecekapan anda menangani masa dalam menjalankan
perniagaan ada!
-Irfan Khairi
Untuk lagi tip perniagaan, kewangan & kejayaan, lawati
http://www.irfankhairi.com
Tabung Kasih Ummah PERSADA
Alamat PERSADA
1. Sekretariat PERSADA,No 8, Jalan 19/13 A,
46300, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
2.Sekretariat PERSADA
No 97,
Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050, Alor Star,
Kedah Darul Aman
sumbangan boleh dibuat ke atas nama (akaun Bank Islam):
PERSATUAN MAHASISWA DARUL AMAN (PERSADA)
12-047-01-004609- 2
untuk pertanyaan boleh hubungi talian PERSADA di no 019-6170277
“Don't get so busy or live so fast that we can't listen to the music of the meadow or the symphony that glorifies the forest.”
- Dale Carnegie |
Embrace things that drive you to achieve. Start recognizing the things that fail to sponsor your success, and start the empowering process of letting those things go. Consider the following techniques to minimize and eliminate unnecessary distress:
Carnegie Success Connection Tip of the Week
“Worry a little bit every day and in a lifetime you will lose a couple of years. If something is wrong, fix it if you can. But train yourself not to worry. Worry never fixes anything.”
- Mary (Mrs. Ernest) Hemingway |
Worrying can have harmful effects on our lives. There really is no solution when you worry, it only creates more problems for yourself in the long run. Consider these four techniques on analyzing the situation at hand in order to minimize worry.