Mencari Sinar


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 31, 2008

Khaibar Khaibar ya yahud, jaisyu Muhammad saufa ya’ud


Sheikh Mishary Rashid Al-Efasy, Doa Qunut

DOA QUNUT NAZILAH

ERTI DOA QUNUT NAZILAH
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Bersama Selamatkan Rakyat Gaza


Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang lain demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).


Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….

Seruan

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.


9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.

Gerakerja secara kolektif

Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.
“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)

Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik
Sumber: http://www.palestinkini.info

Binding Group Sekretariat Peuhaba Acheh @ Cameron Highland

Binding @ Cameron Highland-177

Binding @ Cameron Highland-160

Binding @ Cameron Highland-162

Binding @ Cameron Highland-164

Binding @ Cameron Highland-78


Binding @ Cameron Highland-78, originally uploaded by mfikriazli.

Binding @ Cameron Highland-22


Binding @ Cameron Highland-22, originally uploaded by mfikriazli.

Binding @ Cameron Highland-175

Thursday, December 25, 2008

Wednesday, December 24, 2008

Dikir Barat Kegemaran

Mari Berzikir

Subhanallah, Maha Suci Allah, Dia memberikan terlalu banyak nikmat tidak kira kita kufur atau syukur.Di kala kita banyak dosa, Dia masih bersama kita.Malunya kami padaMu Ya Allah ! Ampuni kami Ya Allah ! Mari kita sucikan hati kembali.




Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka.” (Muslim)


Huraian
1. Sudah menjadi lumrah bahawa manusia itu tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Hal ini disebabkan adanya sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya.
2. Sesungguhnya dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya ialah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah SWT.
3. Oleh itu beristighfar amatlah dituntut dalam Islam kerana ia boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan. Tetapi sayang, kita sukar sekali mengamalkan istighfar ini padahal ia sungguh ringkas dan mudah sehingga akhirnya bertambah-tambahlah dosa yang dilakukan dari sehari ke sehari lantaran kelalaian dan tabiat suka bertangguh.
4. Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah S.W.T tetapi ia juga sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang.

Bisnes terbaru saya !

Pagi !

Teman-teman,
Bisnes terbaru saya adalah t-shirt labuh muslimat.
Tapi kurang sesuai kalo saya sendiri yang jual,baju muslimat kan,so, saya akan tempah banyak2 dan suruh ibu saya jual di Kedah.Tapi kalau ada yang berminat,boleh juga tempah dari saya.Boleh layari laman web dibawah untuk pilihan tempahan:



Ana Muslimah

Nauwar Collection

Brotherhood-arts

Tuesday, December 23, 2008

JANGAN ABAIKAN DIRIMU

Assalamualaikum,

Disaat sibuk merencanakan tarbiyah untuk orang lain,kita seringkali lupa untuk mentarbiyah diri kita sendiri.Kita selalu kecundang bila berhadapan dengan diri sendiri.Jadi,posting kali ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan yang sentiasa berada di arena tarbiyah agar kita sama-sama insaf dan memperbaiki diri sendiri.Semoga Allah beri kekuatan pada diriku agar tidak hanya pandai berbicara melampaui tindakan.Amin.


“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir?”[AlBaqarah 2:44]

Jika melihat pada Quran terjemahan, al-kitab dalam ayat di atas dirujuk sebagai kitab Taurat yg diturunkan kepada Bani Israil sebagai peringatan agar jangan mengabaikan kewajipan ke atas diri sendiri kepada kebaikan khususnya kepada mereka yang meniti medan penyeru insan lain kepada kebaikan.

Walau ayat di atas ditujukan kepada Bani Israil, namun ALLAH meletakkan ayat ini juga dalam sebuah kitab bagi umat akhir zaman agar menjadi panduan dan penilaian bagi setiap pendakwah yang menjadi penolong agama-Nya supaya tidak mengulang sejarah sikap yang sama seperti kaum-kaum terdahulu.

Namun hakikatnya, seringkali terjadinya pelbagai kisah-kisah pendakwah yang tidak terlepas daripada melakukan kemungkaran dan kemaksiatan hingga memburukkan seruan dakwahnya sendiri.

Berapa banyak ayat-ayat Al-Quran membicarakan tentang amal-soleh yang harus diutamakan dalam menjadi penyebar risalah Ilahi ini, amal soleh yang bukan sekadar melakukan solat, puasa, zakat dan pelbagai ritual ibadah yang lain, tetapi jua termasuk menghindarkan diri dari segala kemungkaran yang ALLAH murkai, jika amal soleh dianggap lengkap dengan mengerjakan kebaikan semata-mata, maka pastinya amal soleh itu terlalu sempit maknanya. Tujuan amal soleh juga seharusnya dapat menjauhkan kita dari melakukan kemaksiatan kepada-Nya, begitulah matlamat solat yang kita kerjakan saban hari.

“…Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar….”[Al Ankabut 29:45]

Sebaik-baik perkataan adalah menjadi penyampai kepada insan lain agar kembali kepada Rabb yang mentadbir segala yang ada di sekalian alam ini, tidak cukup dengan seruan dakwah tanpa adanya amal soleh yang sejati, sebelum layak menggelar dirinya seorang Muslim yang tunduk pada perintah dan larangan-Nya.

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"[Fushshilat 41:33]

Timbanglah amal dirimu sebelum kamu menghitung amal insan lain, adalah diantara beberapa nasihat Umar r.a, yang pastinya lebih hebat dan teguh imannya dalam dakwah kepada-Nya, yang seringkali bertanyakan sahabat yang mengetahui siapakah orang-orang munafik di zamannya, adakah dirinya salah seorang daripada mereka, Andai seorang yang telah dijanjikan syurga saat dirinya masih hidup, masih lagi merasa bimbang dan gusar termasuk di kalangan orang yang munafik, siapalah kita untuk menyombongkan diri daripada menghitung dan merenung segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Berapa banyak amal-amal kebaikan yang telah kita lakukan, adakah cukup untuk menyelamatkan diri dari siksa-Nya, apatah lagi jika di sebalik kebaikan-kebaikan itu disertai dengan keburukan-keburukan amal kita yang nyata dan tersembunyi.

Lantaran itu berhati-hatilah kepada penyeru dakwah, jangan kita terlalu mengikut perasaan menyatakan kesedihan kita melihat jauhnya Islam ini dari jiwa umat dengan kata-kata yang melampaui batas yang Islam ajarkan, janganlah kebencian kita kepada musuh-musuh Islam menyebabkan lidah kita berbicara seenaknya dengan sebutan-sebutan yang tidak kena pada tempat, masa dan orangnya. Jika sembahan-sembahan orang kafir sahaja Islam tidak benarkan kita memakinya sesuka hati, lantaran kejahilan mereka hingga dikhuatiri mereka akan memaki ALLAH diluar batasannya, lalu segala cacian kita pada saudara seaqidah dan seiman dengan kita harus lebih dinilai kembali jika yang berbeza hanya sekadar wasilah yang digunakan, pandangan yang dipegang dan medan yang didakwahi. Seharusnya kita bimbang jika segala cacian itu akan kembali kepada empunya diri yang mengatakannya lalu menjadi asbab gagalnya dakwah yang kita sebarkan.

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”[Al An’aam 6:108]

Seringkali bagi para pendakwah membaca ayat As Saff, sebagai panduan dakwahnya, mengharap dijauhkan dari kemurkaan besar dari-Nya kerana kata-kata dakwah yang hanya indah kabar dari realiti dirinya sendiri. Biarlah kita sering menangis mengenang kekurangan dan dosa-dosa yang kita pikul daripada sering ketawa melihat kelemahan dan dosa orang lain, lebih menyedihkan lagi jika disertai kebencian kepada insan lain yang dianggap tidak sebulu dan sefikrah dengan dakwah yang kita serukan.

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”[As Saff 61:2,3]

Kubawakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam buku 40 hadis Penawar Hati, agar setiap pendakwah termasuk diri yang serba kekurangan dalam meniti tarbiyah dakwah ini menyedari tidak semestinya menjadi penyeru dakwah telah membuatkan kita mendapat tiket ke syurga-Nya, tetapi kemungkinan besar tiket ke neraka-Nya menjadi buah hasil dakwah kita sendiri kerana saat insan lain mendengar seruan dakwah kita, namun rupanya diri kita sendiri terlupa untuk mendengar dan menghayati setiap seruan dakwah kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran yang kita sampaikan di setiap pengisian tarbiyah kita. Perhatikan dan jagalah dirimu sebaiknya kerana dirimu begitu berharga buat umat yang mendambakan dakwah-Nya.

“Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Haristah r.anhuma berkata: “Aku mendengar RasuluLLAH saw bersabda: “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari qiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya kemudian lalu ia berpusing (di tengah-tengah unggunan api neraka) seperti berpusingnya seekor keldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian ini lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya sambil berkata kepadanya: “Hai Fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu (sewaktu di dunia) engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada kemungkaran?. Lalu orang itu menjawab: “Ya benar. Dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi saya tidak melakukannya , dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran, tetapi saya sendiri melakukannya”

Sekadar peringatan buat diri dan sahabat, bukan untuk menakutkan tika meniti jalan ini, cuma sebagai motivasi untuk membetulkan segala kesilapan yang pernah kita lakukan kerana selagi hayat dikandung badan, yakinlah ALLAH sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-hamba-Nya, lebih-lebih lagi ketika kita mula menghampiri bulan penuh keberkatan dan keampunan tidak berapa lama lagi. Jangan berhenti berharap agar ALLAH tetapkan hati kita pada ketaatan pada perintah dan larangan-Nya, semoga syurga-Nya menjadi balasan atas amal-amal dakwah kita dan mengampunkan amal dosa-dosa kita yang lalu. Amiin
Wallahu’alam

Dipetik daripada:

Mohd Halimi Abdul Aziz

JED 08




Assalamualaikum,

Alhamdulillah,selesai satu lagi program tarbiyah IU ,Jejak Eksplorasi Diri,JED di Taman Lagenda,Gunung Ledang.

Terima kasih pd semua peserta,urusetia terutama fasi-fasi baru.Juga kepad spesel guest kita,Abg Pizan dr singapore dan Kak Ecah yg sanggup turun membantu kami.

Apa yang dapat dri jed ya?

Hmmm,mestilah peserta yg akan bermanfaat secara total,tapi,secara tidak langsungnya,
dapat juga input2 berguna.

Antara yg menarik:
1) eksplorasi diri di tengah hutan di atas gunung-menginsafi dosa2 lalu dan betapa kufur nikmatNya
2) betapa kita selalu lupa perkara2 asas dalam Islam,seperti perkara asas2 fardhu ain
3) Islam sebagai Addin-cara hidup,jangan sia2kan hidup anda,pastikan setiap perkara yg dilakukan mendapat ganjaran seperti tidur,makan dll.

dan banyak lagi...
terasa ukhuwwah sesama peserta,penganjur ,Ukhuwwah Islamiyah..

Adik2,jangan lupa untuk qiam dan riadah.Kata putus bersama tu..

Gambar sepanjang JED'08 !

Wednesday, December 17, 2008

Kenapa nak Hipokrit ?


Teringat masa zaman sekolah dulu, selepas PREP malam ,mesti ke surau untuk sambung studi.Ade la jugak ajak member-member sebilik join skali.Best studi kat surau,tenang dan damai.

Satu hari ade ajak sorang member ni,
"Din,jom p surau,bole solat-solat sunat skali",aku mengajak,
"Hmm x pa lah zul,x nak ah,hipokrit nanti,aku x baik sangat,banyak dosa",balas din.

Kenapa mesti ckp aku hipokrit kalau nak buat benda baik.Kawan-kawan sekalian,bukankah rahmat Allah itu luas.Malah pengampunanNya lebih besar dari dosa-dosa kita.

Marilah kita sentiasa mencari dan mengambil peluang untuk buat amal kebaikan,walau sekeji manapun kita kerana iman kita sentiasa berubah-ubah.Kalo rasa nak buat baik,buat ja.Kita tidak tahu,bila lagi peluang kita untuk beramal.Memang kita sentiasa lakukan dosa,tapi tidak bermakna dengan dosa yang banyak,memberikan kita alasan untuk tidak berbuat baik.

Ingat,segala yang berlaku ada hikmahnya.Masuk syurga bukan kerna banyaknya amalan, tapi kerana rahmat Allah.Jadi,sentiasalah mencari keredhaan Allah.

Biarlah kita dianggap berpura-pura,hipokrit,jumud dan ortodoks di kaca mata manusia,tapi kita benar-benar ikhlas dihadapan Pencipta kita.

Satu lagi sikap yang kita kna perbaiki,kalau nampak saja kawan-kawan kita berbuat baik,ade saje sindiran yg kita beri.Berilah peluang pada kawan-kawan kita berbuat baik.

Ingat,sentiasa ambil peluang untuk berbuat baik.

Mudah-mudahan ALlah mempermudahkan setiap amalan kebaikan kita dan memelihara iman kita.Amin..

Tuesday, December 16, 2008

“We forge the chains we wear in life.” Charles Dickens

Embrace things in your life that drive you to achieve, and start letting go of those things that do not. It is difficult to distinguish the category in which any of your activities belong, but paying attention to your choices and their consequences will sponsor the awareness you'll need to make better life choices in the future. Although things that bring us happiness outside of work can be our greatest inspiration for professional success, often they are so simple, we cast them aside as inconsequential. Do not do this. Remember the small things that make you happy, and use them to battle things that loom much larger and stress you out. Consider these suggestions:

*Fill your mind with thoughts of peace, courage, hope, and health
*Never try to get even with your enemies
*Expect ingratitude
*Count your blessings, not your troubles
*Try not to imitate others
*Create happiness for others

Source:
Dale Carnegie Course®

Dale Carnegie Golden Book to share !

Saturday, December 13, 2008

Tarbiyah dari Allah

Berapa kalikah kita sedar,kita sedang ditarbiyah oleh Allah?
Berapa kalikah kita berfikir,betapa sayangnya Allah pada kita?
Berapa kalikah kita tersedar Tuhan sedang berbicara dengan kita?



Kalau semalam,aku berbicara tentang qurban dan betapa kita kena mengorbankan "ismail" kita ,hari ini aku berfikir, apakah 'ismailku',yang mengganggu hubunganku dgn Yang Maha Esa.

Petang tadi, pergi melawat abg Bad,suami kak ina.Sengaja Allah gerakkan hatiku utk kesana.Rupa-rupanya ada tarbiyah khas untukku disana.Semasa berbual dgn Abang Bad, Kak Ina dan jirannya yg bertandang,aku diingatkan tentang syukur dengan nikmat Allah dan yakin pada Allah,nescaya Dia akan memberikanmu sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.”


Huraian
i) Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.
ii) Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.
iii) Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.

Kak Ina berkongsi pengalaman tentang betapa sayangnya Allah dan besarnya nikmatNya.Semua kos perubatan abng Bad ditanggung,walaupun pada awalnya hanya kos tertentu yang boleh diclaim,tapi disebabkan tawakal dan doa mereka,nikmat datang begitu saja. Abang Bad yang baru dibedah beberapa kali,kerana kanser dipesan banyak kali oleh jiran agar kuat semangat melawan sakitnya.Kami juga dipesan agar kuat semangat dan tabah dalam semua perkara.Banyak mutiara-mutiara nasihat sepanjang perbualan tadi.Sebelum pulang,kami sempat berdoa bersama sheikh di siaran Astro Oasis yang kebetulan sedang membaca doa utk mengakhiri tazkirah beliau yang mengingatkan tentang cinta kepada dunia jangan lebih dari cinta pd Allah.

Semasa pulang,kami melalui kawasan kubur,tersentuh jiwaku.Aku berpesan kepada Kak Ina bahawa Allah mahu mendengar rintihannya dan mahu meninggikan darjat mereka disisiNya.Abang Bad berterima kasih kerana menziarahinya dan meminta agar semua sahabat-sahabat mendoakannya agar cepat sembuh dan tabah denagn ujian ini.Marilah kita berdoa untuk beliau.

Sampai dirumah,Din,housemate berwajah korean memberitahu atuknya baru meninggal.Kami menziarahi atuknya bersama tanzim Usrah yang lain.

Menurut imam yang ada disana,Atuk Din berwasiat agar jenazahnya diuruskan mengikut sunnah.Imam tadi memberi sedikit tazkirah tentang pengurusan mayat yang diajar Rasullah iaitu,dimandikan,dikafankan,disolatkan dan di kebumikan.Selain dari itu tak diajar oleh Rasul.Jadi kami tidak membaca yaasin,tapi hanya berdoa dihadapan jenazah agar Allahyarham diampunkan dosa dan Allah mencucuri rahmatNya kepada simati.

Begitulah tarbiyah Allah yang disedari hari ni,sedangkan Allah memang sentiasa mentarbiyah hambaNya.Contohnya dalam solat,Allah sedang tarbiyah hambanya agar berdisiplin iaitu dgn mengerjakan solat diawal waktu dan pada masa yang ditetapkan.Allah mengajar tentang jujur,iaitu solat dalam rakaat tertentu tidak kira sendirian atau dihadapan orang lain.

Marilah kita berdoa agar kita sentiasa merasai tarbiyah Allah dan sentiasa berada dalam keredhaanNya.Kita doakan agar abng Bad tabah dengan ujian dan cepat sembuh.Kita doakan atuk Din ditempatkan dikalangan orang-orang bertaqwa.Semuanya hanya dengan RAHMAT Allah.Al-fatihah....


Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Friday, December 12, 2008

Kenduri Qurban de MMU


Khamis,7.45 pagi

Selepas solat Subuh di Masjid MMU aku terus bergegas pulang ke rumah.Walaupun selalunya dikala dinihari,aku selalu kecundang meneruskan perjuangan di alam mimpi,tapi hari ni kugagahi tekad utk memenuhi janji pada Ibu Shima.Pertama kali bersama staff bergotong-royong untuk kenduri korban di MMU,sedangkan selama ini,hanya sebagai tetamu kehormat,menjamah hidangan yg tersedia.

Inilah sedikit pengorbanan kecil hari ini,pengorbanan waktu pagi dirumah.Banyak yang ku pelajari dan perhati dikala bersama staff,pelbagai kerenah dan ceritera.
Kutemui sesuatu hari ini...

"PENGORBANAN DEMI KETAATAN"


Hari raya Aidil Adha telah sehari kita langkahi, namun suasananya masih lagi terasa. Hari raya Korban itulah nama timangannya. Istilah korban penuh bermakna namun adakah kita menghayatinya? Untuk apa dan siapakah kita berkorban dan bagaimankah membentuk jiwa yang sanggup berkorban.

Kesabaran demi ketaatan

Mengimbas kembali dari pengorbanan Nabi Ibrahim. Seabad kehidupan Ibrahim penuh dengan perjuangan, gerakan, jihad dan perang melawan kebodohan kaumnya, kemusyrikan, penindasan Namrudz dan kefanatikan manusia-manusia penyembah berhala. Ibrahim bersama isterinya Sarah -Wanita cantik tapi tidak memberinya anak- tinggal di rumah Azar, bapaknya yang juga salah seorang penyembah dan pembuat berhala, fanatik.

Ibrahim makin tua dan kesepian. Walaupun berada di puncak kenabiannya, namun ia adalah seorang manusia biasa. Seperti manusia lainnya, ia menginginkan seorang anak. Apalagi usianya kian senja. Ia tidak berpengharapan, kerana menurut pertimbangan akal sederhana pun perkara itu tak mungkin. Ibrahim hanya dapat mendambakan dalam do’anya:

"Ya Rabb, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang soleh.
" (Ash-Shaffat : 100).

Allah SWT akhirnya melimpahkan kurniaNya kepada lelaki tua yang telah menghabiskan seluruh hidup dan kehidupannya, serta menanggung penderitaan demi menyebarluaskan risalahNya. Melalui wanita bernama Hajar, Allah SWT memberinya seorang anak; Ismail. Sebagaimana firmanNya:

"Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar."
(Ash-Shaffat: 101)

Ismail adalah anak yang didambakan Ibrahim seumur hidupnya. Kelahirannya telah didambakan selama hampir seratus tahun dan diluar perkiraan ayahnya. Ismail tumbuh bagaikan batang pohon yang mekar. Ia mendatangkan keceriahan dan kebahagiaan ke dalam hidup Ibrahim. Ia adalah harapan, kecintaan dan buah hati Ibrahim. Akan tetapi, tanpa diduga-duga wahyu Allah SWT turun memerintahkan untuk menyembelih Ismail.

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, lbrahim berkata : "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu" (Ash-Shaffat: 102)

Betapa goncangnya jiwa Ibrahim ketika menerima wahyu yang luar biasa beratnya ini. Duka nian hatinya. Tetapi wahyu itu adalah perintah Allah : perintah menyembelih Ismail —buah hatinya. Konflik pun terjadi dalam batinnya. Siapakah yang lebih disayanginya Allah ataukah anaknya? Mengikuti perintah Allah atau menuruti perasaan manusiawinya untuk menyayangi anaknya? Ibrahim menghadapi dua pilihan : mengikuti perasaan hatinya dengan menyelamatkan Ismail atau mentaati perintah Allah SWT dengan ‘mengorbankannya’. la harus memilih satu di antara dua. Seandainya yang diperintahkan Allah adalah agar ia mengorbankan dirinya sendiri, maka tidaklah sulit baginya menentukan pilihan. Walaupun demikian, dengan keteguhan hati Ibrahim lebih mendahulukan perintah Allah SWT dan mengorbankan rasa sayang pada anaknya.

Kilasan kisah Nabi Ibrahim tadi memberikan suri tauladan bahawa saat perintah dan hukum Allah SWT datang di mana pun dan bila, apapun harus dikorbankan. Perintah Allah di atas segala-galanya. Sebab mentaati perintah dan aturan Allah jauh lebih maslahat dibandingkan dengan menuruti perasaan dan hawa nafsu.

Korbankan "Ismail"mu !

Kaum muslimin memang harus berkorban. Tetapi apa dan untuk siapa "korban" itu? Apa yang jelas tidak seperti yang dimaksud dalam contoh sebuah kalimat berita yang sering memenuhi media massa. "Penduduk Palestin menjadi korban kekejaman Yahudi". Jelas, kaum muslimin tidak boleh berkorban (dalam erti kata menjadi korban kejahatan seperti pembunuhan tadi). Sebab, kata Nabi SAW. hilangnya dunia lebih ringan bagi Allah daripada terbunuhnya seorang muslim.

Demikian pula "berkorban" bukanlah untuk menghalang-halangi tingginya agama dan aturan Allah SWT. Sebab hal tersebut merupakan perbuatan orang kafir dan munafik sebagaimana firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam Neraka Jahanam." (Al-Anfal : 36)

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu." (An-Nisa 61)

Sebaliknya, berkorban dilakukan dalam rangka mencintai Allah SWT seperti yang pernah dilakukan Nabi Ibrahim a.s. Dalam memahami apa dan untuk apa seorang muslim melakukan pengorbanan, ada baiknya kita perhatikan firman Allah SWT di bawah ini:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (At-Taubah : 24)

Ayat di atas meletakkan keluarga, kaum kerabat, harta pemilikan, tanah air, dan tempat tinggal pada satu sisi serta cinta kepada Allah dan Rasul yakni beriman kepada Allah dan Rasul, taat kepadaNya dan jihad fi sabilillah pada sisi yang lain. Apabila memungkinkan digabungkan antara kedua sisi tersebut iaitu apabila seorang muslim mampu menggabungkan antara cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul serta jihad fi sabilillah dengan kaum kerabat, keluarga dan harta maka tidak menjadi kesalahan untuk melakukannya. Namun, apabila terdapat sesuatu yang mengharuskan mengambil salah satu diantaranya maka seorang muslim sejati akan mengutamakan taat kepada Allah, Rasul dan jihad serta rela mengorbankan segala sesuatu selainnya. Ia rela mengorbankan segala-galanva demi ketaatan kepada Sang Pencipta. Imam lbnu Katsir (Tafsir Ibnu Katsir 11/242-243) dalam menafsirkan ayat ini menghubungkannya dengan peristiwa yang terjadi pada zaman Nabi seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Dia berkata bahawa Umar bin Khaththab berkata kepada Rasulullah : "Demi Allah, ya Rasul. Sungguh engkau paling aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri" Seraya Rasulullah bersabda: "Tidaklah seseorang beriman sehingga aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri." Maka Umar pun berkata: "Demi Allah, aku lebih mencintai engkau daripada diriku sendiri."

Juga Rasulullah SAW bersabda:
"Demi jiwaku yang ada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang beriman sehingga ia lebih menyintaiku daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia"
(HR Bukhari)

Lebih jauh, Imam lbnu Katsir menyebutkan bahawa pengertian "...maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya" adalah tunggulah ‘azab dan balasan apa yang akan ditimpakan kepada kalian. ‘Azab dan balasan ini mencakupi ‘azab di dunia dan akhirat. Sebab, berlutut kepada perhiasan dunia seperti harta, anak-anak dan keluarga dengan meninggalkan jihad akan mendatangkan kehinaan kepada kaum muslimin sesuai dengan sunnatullah seperti yang terjadi di tengah-tengah kaum muslimin dewasa ini, serta mereka akan ditimpa siksa Allah SWT di akhirat disebabkan meninggalkan syariat Allah SWT, tidak mencintatiNya dan mengikuti hawa nafsu.

Ancaman tersebut merupakan indikasi tentang wajibnya mengorbankan segala sesuatu demi ketaatan kepada Allah, Rasul dan jihad fi sabilillah. Imam Zamakhsyari menyebut dalam Tafsir Al-Kasysyaf : "Ayat ini ayat paling tegas. engkau tidak akan melihat ayat yang lebih tegas darinya" Jelaslah, pengorbanan hanya dalam rangka ketaatan untuk itu ‘Ismail’ apapun siap dan sanggup dikorbankan. Siapakah atau apakah ‘Ismail’mu itu? ‘Ismailmu adalah setiap sesuatu yang melemahkan imanmu. Setiap sesuatu yang menghalangimu menuju taat, setiap sesuatu yang membuat engkau tidak dapat mendengarkan perintah Allah dari menyatakan kebenaran, setiap kenikmatan yang membuat engkau terlena, setiap segala sesuatu yang menyebabkan engkau mengajukan alasan-alasan untuk menghindari tanggungjawab. Korbankan ‘lsmail’mu!

Usaha Menyemai Jiwa Berkorban

Bagi sesiapa saja yang mengkhendaki memiliki jiwa berkorban secara minimun harus memiliki perkara-perkara di bawah:

Pertama: meyakini aqidah Islamiyah dengan keyakinan yang jazim (pasti) disertai dengan pengamalan bukan sekadar di bibir. Ertinya meyakini aqidah terniasuk meyakini bahawa Allahlah Pemberi rezeki. Dialah Penolong, Dialah yang Menghidupkan dan Mematikan. Bila memiliki hal ini tentu hidup tidak akan diliputi sifat pengecut serta penuh kekhawatiran. Selain itu, meyakini bahawa Allah Maha Besar dan yang lain kecil tak bererti jika dibandingkan denganNya. Dengan demikian, bila hal ini menunjangi di dada nescaya seorang muslim tidak gentar menghadapi segala ancaman, tentangan, hambatan dan gangguan terhadap Islam. Allah SWT berfirman:

"...Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?" (Al-Taubah: 13)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiin dan orang-orang Nasrani, sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita"
(Al Maidah 69)

Kedua: Memahami bahawa syariat Islam pastinya akan memberikan kebahagiaan bagi manusia seluruhnya. Namun, syarat tercapainya kebahagiaan tersebut adalah taqwa kepada Allah SWT dan mengikuti segala hukumNya. Allah SWT menjelaskan dalam firman-Nya:

"Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga".(Ar-Rahman :46)

Iaitu satu di dunia dan yang lain di akhirat (lihat catatan kaki pada Al-Quran & Terjemahannya)

Sebaliknya sesiapa yang tidak mengikuti aturan Allah SWT mereka jauh dari kebahagiaan sejati. Firman Allah SWT:

"Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara. Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Thaha :123-124)

Jelaslah, taqwa kepada Allah merupakan syarat kebahagiaan. Ertinya. aturan Allah merupakan buah hati (Qurrata a’yun) bagi orang yang bertaqwa, sedangkan bagi yang tidak bertaqwa tidaklah demikian. Oleh kerana itu, seseorang mukmin akan bahagia dengan melaksanakan Islam, sedangkan mereka yang tidak bertaqwa tidak demikian. Bila hal ini dimiliki seorang muslim nescaya ia rela berkorban demi aturan Allah kerana disitulah letaknya kebahagiaan. Sebab, semua pengorbanan yang ia lakukan —dalam melaksanakan aturan Allah— adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Sedangkan makna kebahagiaan bagi seorang muslim yang bermabda’(Ideologi) Islam adalah mendapatkan redha Allah.

Ketiga: Akhirat lebih baik dari dunia.

"Sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagimu daripada dunia" (Ad Dhuha:4)

Oleh karena itu, himmah dan perhatian seorang muslim tidak lain adalah akhirat. Bukan bererti ia melupakan dunia dan beruzlah ke puncak-puncak gunung. Tidak. Uzlah adalah paduan antara sifat pengecut dan putus asa. Seorang muslim yang cinta kepada Allah harus terjun ke kancah kehidupan dengan bekal iman, jiwa, istiqamah dan pemahaman yang jernih tentang konsepsi hidup lslam, membongkar segala faktor perosak kehidupan masyarakat dan membangun kehidupan dengan konsepsi yang benar, sesuai dengan akal dan fitrah manusia. Meskipun demikian, semua yang ia lakukan dalam medan kehidupan dunia itu adalah dalam rangka meraih kejayaan di akhirat kelak. Ia memahami firman Allah SWT:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." ( Al Qashash 77).

Keempat: Menjauhi hubbud dun ya, iaitu hati terpaut hanya kepada dunia. Kerana kecintaan dan perhatiannya yang luar biasa kepada akhirat. Ia tidak menyisakan untuk dunia sepotong cinta pun. Kalaupun ada bahagian-bahagian dari dunia yang harus dia cintai, itu semata-mata untuk mencapai kesempurnaan cintanya kepada akhirat. Hal ini hendaknya disedari oleh individu muslim lantaran kehidupan yang sejati hanyalah kehidupan akhirat, sedangkan kehidupan dunia hanyalah menumpang belaka. Lebih dari itu, kecintaan terhadap dunia (hubbud dunya) dan pasangannya iaitu takut mati (karahiyatul maut) adalah penyakit yang membahayakan kewujudan umat ini dan menjadi salah satu sebab dihinakan dan diperlecehkan umat ini oleh bangsa-bangsa dan umat lain.

Kelima: Terikat erat dengan ajaran Islam. Dengan terikat kepada syari’at Islam yang merupakan rahmatan Iil ‘alamin ( Al Anbiya’ :107), pengorbanan seorang muslim mempunyai ganjaran berganda. Pertama, akan menjadi pahala baginya. Kedua, akan menimbulkan kesejahteraan hidup umat manusia, di mana dia berserta anak cucunya akan turut merasakan pula.

Dengan lima butir pengertian yang sudah menghunjam dalam diri seorang muslim, ia akan rela, senang hati, bahkan menikmati pengorbanan dalam bentuk apapun yang ia berikan agar tertegaknya kalimah Allah dalam segala aspek kehidupan. Jiwa dan semangat berkorban seperti inilah yang diperlukan oleh tiap-tiap muslim hari ini, agar dia segera bergabung dengan barisan penegak kebenaran melawan barisan pembawa kebatilan yang senantiasa membuat ‘kejahatan’ dan ‘kemaksiatan’ terhadap Islam. Allah SWT pun akan senantiasa bersama pejuang penegak kalimatNya dalam menghadapi pembela kekufuran dan kesesatan. Allah berfirman:

"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu . Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya"(Ali Imran 54).

~Wallahu ‘alam~


http://members.tripod.com/ISLAMIKA/aj/pengorbanan.htm

Thursday, December 11, 2008

TQ Sahabat

Terima kasih buat sahabat yang selalu bersama tika susah dan senang.Maaf atas segala kekhilafan.Aku mendoakan kalian bahagia dan dipermudahkan segala amalan kebajikan.

Tuesday, December 9, 2008



“Today is a new life. Shut the doors on the past and the future. Live in day-tight compartments.”- Dale Carnegie

In this day and age, with so many developments occurring at lightning-fast speed, it is easy to feel constantly stressed and worried about important situations. Here are some tips on learning how to break the worry habit:

* Use the law of averages to outlaw your worries
* Cooperate with the inevitable
* Decide just how much anxiety a thing may be worth and refuse to give it more
* Don't worry about the past

Friends of Everyone



Hari Raya Aidil Adha.
Kali ni,beraya di MMU lagi.Suasana seolah-olah beraya di jazirah Arab.Kaum Melayu sangat minoriti,kiri kanan orang Arab.Selepas solat, saya join, Eidul Adha Celebration by Arabic society,wakil presiden IU coz dia balik kampung.Fuhh,memang melantak habis lah,tiba2 bernafsu org arab,banyak jugak ...sampai tergolek hingga asar.

Masa event tu, sempat berjumpa dgn Bawazir,one of my best friend from Saudi Arabia.He is a friends of everyone,very nice person,caring,loving,respect dan imam yg sgt berhikmah.Semua golongan dia boleh approach,mudah didekati,senang berbicara...satu kehilangan besar pd kami...

Tidak ramai org Arab yg mcm ni,memahami..susahla nak describe...tapi posting ini akan mengingatkan saya pd Bawazir.

His last word : Its ok zul,this is the nature of life, keep praying...hmmm simpan dlm hati sudahla....

For Bawazir : We will miss U.Pray for our success,iman and mujahadah and dakwah.Allah bless us.

Saturday, December 6, 2008

Menara Graha 165

Latar Belakang

Saat ini jumlah Alumni ESQ lebih dari 350 ribu orang yang tersebar di seluruh penjuru nusantara bahkan sampai ke mancanegara. Jumlah tersebut insya Allah akan bertambah terus seiring berjalannya pelatihan ESQ. Intensitas training yang begitu tinggi terutama di Jakarta yang meliputi ESQ Eksekutif, Profesional, Reguler, Teens, Kids, Mahasiswa dan Inhouse training membutuhkan tempat yang mewadai. Selama ini training-training tersebut diselenggarakan dari satu tempat ke tempat lain.

Maka terpikirlah untuk memiliki tempat training sendiri yang bisa dengan leluasa mengatur jadwal training tanpa harus berebutan tempat dengan berbagai acara orang lain.

Alhamdulillah, dengan dimotori oleh para alumni ESQ, pada tanggal 1 Juni 2005, Bapak Ary Ginanjar Agustian meletrakkan batu pertama pembangunan Menara 165 diatas sebidang tanah seluas 9.800m2, di Jl. Simatupang di antara Gedung El Nusa Wisma Rahaja dan Gedyng Prabu 2, Jakarta Selatan.

Menara 165 dibangun dalam 2 tahap. Tahap pertama pembangunan Convention Hall seluas 3.200 m2 dengan daya tampung 1200 orang, dengan target selesai Maret 2007.

Tahap 2 dengan target selesai awal tahun 2008 adalah pembangunan Office Building 25 lantai dengan luas 36.896 m2 dan 3 lantai basement seluas 12.035m2.

Tempat yang paling monumental di Menara 165 adalah lantai paling atas, yang akan di gunakan sebagai masjid tempat i’tikaf dan berkhalwat. Ruang ini akan dihiasai dengan atap kaca berornament tulisan Allah.

Mengapa Berwakaf untuk Menara 165 ?
Pembangunan menara 165 membutuhkan dana sebesar Rp 227 milyar. Dana ini dihimpun dari 2 sumber yaitu penjualan saham kepada para Alumni, dan saham yang dibeli dari dana wakaf para alumni.

Keuntungan dari saham wakaf para alumni kemudian digunakan untuk kepentingan sosial kemanusiaan dan pengembangan wakaf produktif di bidang – bidang lain demi kemaslahatan ummat menuju Indonesia Emas, Nusantara Emas, dan Dunia Emas. Seluruh dana wakaf baik berupa saham di Menara 165 dan wakaf lainnya pengelolaanya diselenggarakan oleh Yayasan Wakaf Bangun Nurani Bangsa, sebagai nadzir.

Semoga dengan berdirinya Menara 165, atas izindan kuasa Allah Azza wa Jalla, bisa menjadi Leadership Center, Pusat Pengambangan Kepemimpinan melalui ESQ Way 165.


Friday, December 5, 2008


Pikirkan dan Syukurilah!

Artinya,ingatlah setiap nikmat yang Allah anugerahkan kepada Anda.
Kerana Dia telah melimpahkan nikmat-Nya dari ujung rambut hingga ke bawah
kedua telapak kaki.

{Jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan sanggup
menghitungnya.} (QS. Ibrahim: 34)

Kesehatan badan, keamanan negara, sandang pangan, udara dan air,
semuanya tersedia dalam hidup kita. Namun begitulah, Anda memiliki
dunia, tetapi tidak pernah menyadarinya. Anda menguasai kehidupan, tetapi
tak pernah mengetahuinya.

{Dan, Dia menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu lahir dan batin.} (QS. Luqman: 20)

Anda memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua
kaki.

{Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?} (QS. Ar-Rahman: 13)

Apakah Anda mengira bahwa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu
yang sepele, sedang kaki acapkali menjadi bengkak bila digunakan jalan
terus menerus tiada henti? Apakah Anda mengira bahwa berdiri tegak di
atas kedua betis itu sesuatu yang mudah, sedang keduanya bisa saja tidak
kuat dan suatu ketika patah? Maka sadarilah, betapa hinanya diri kita manakala tertidur lelap, ketika sanak saudara di sekitar Anda masih banyak yang tidak bisa tidur karena sakit yang mengganggunya? Pernahkah Anda merasa nista manakala dapat
menyantap makanan lezat dan minuman dingin saat masih banyak orang di sekitar Anda yang tidak bisa makan dan minum karena sakit?

Coba pikirkan, betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya
Allah menjauhkan Anda dari ketulian. Coba renungkan dan raba kembali
mata Anda yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit Anda yang terbebas dari
penyakit lepra dan supak. Dan renungkan betapa dahsyatnya fungsi otak
Anda yang selalu sehat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan.
Adakah Anda ingin menukar mata Anda dengan emas sebesar gunung
Uhud, atau menjual pendengaran Anda seharga perak satu bukit? Apakah
Anda mau membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah Anda,
hingga Anda bisu? Maukah Anda menukar kedua tangan Anda dengan
untaian mutiara, sementara tangan Anda buntung?
Begitulah, sebenarnya Anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan
kesempumaan tubuh, tetapi Anda tidak menyadarinya. Anda tetap merasa
resah, suntuk, sedih, dan gelisash, meskipun Anda masih mempunyai nasi
hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk
tidur pulas, dan kesehatan untuk terus berbuat.
Anda acapkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga Anda
pun lupa mensyukuri yang sudah ada. Jiwa Anda mudah terguncang hanya
karena kerugian materi yang mendera. Padahal, sesungguhnya Anda masih
memegang kunci kebahagiaan, memiliki jembatan pengantar kebahagian,
karunia, kenikmatan, dan lain sebagainya. Maka pikirkan semua itu, dan
kemudian syukurilah!

{Dan, pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan.}
(QS. Adz-Dzariyat: 21)

Pikirkan dan renungkan apa yang ada pada diri, keluarga, rumah,
pekerjaan, kesehatan, dan apa saja yang tersedia di sekeliling Anda. Dan
janganlah termasuk golongan

{Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya.}
(QS. An-Nahl: 83)